Wednesday, October 28, 2009



AKIM menafikan yang dia pernah bercinta dengan Stacy seperti yang didakwa ramai.

BELUM setahun jagung dalam bidang seni, nama bekas peserta Akademi Fantasia 7, Afiq Hakim Ahmad atau lebih dikenali dengan panggilan Akim ketika ini cukup panas dan sensasi. Bukan sensasi kerana kerjaya seninya tetapi lebih banyak berkisar kepada kisah cinta. Sejak keluar dari sangkar emas AF, tiada cerita lain yang dikaitkan dengan jejaka berusia 18 tahun ini selain dari kisah cintanya.

Bermula dengan peserta anak wayang, Dayana, Akim dikatakan bermain perasaan dengan juara AF musim keenam Stacy. Entah bila masanya mereka bercinta, tidak pula diketahui. Sebaliknya khabar yang bertiup kencang sekarang adalah ikatan yang terjalin antara dua merpati itu sudah pun berakhir. Dan belum surut cerita perpisahan Akim dan Stacy, tiba-tiba muncul pula kononnya jejaka dari Johor Bahru itu sedang hangat bercinta dengan Mila.

Amboi! Mudah benar cinta beralih arah. Jika benarlah apa yang berlaku itu, nampaknya Akim adalah seorang lelaki yang begitu mudah jatuh cinta serta mudah menaburkan cinta pada mana-mana wanita atau dalam erti kata lain, Akim seorang playboy. Pun begitu, saat diajukan soalan nakal itu pada si empunya diri, Akim menafikan yang dia seorang kaki perempuan. Malah dia juga menafikan sekeras-kerasnya dakwaan dia dan Stacy pernah menjalinkan hubungan cinta.

Sambil menegaskan antara dia dan Stacy tidak lebih dari sekadar berkawan, Akim berkata buat masa ini cinta bukanlah sesuatu yang dicarinya. Sebaliknya, tegas Akim dia mahu terus mengukuhkan kedudukannya dalam dunia seni yang amat diminatinya ini.

Hip: Betulkah sebelum ini Akim memang bercinta dengan Stacy?
Akim:
Akim tidak pernah bercinta dengan Stacy. Antara Akim dan Stacy hanyalah kawan biasa. Apabila goisp ini tersebar, Akim sendiri merasa pelik kerana antara kami berdua memang tak ada hubungan istimewa. Tak dinafikan, memang kami pernah keluar bersama tetapi bukannya berdua. Kalau kami keluar pun beramai-ramai dengan kawan-kawan lain. Dalam hal ini, Akim anggap itu semua hanyalah gosip semata-mata. Macam cerita yang kononnya saya bercinta dengan Aishah dulu sewaktu dalam akademi serta gosip saya bercinta dengan peserta anak wayang, Dayana. Saya anggap itu semua hanyalah gosip semata-mata.

AKIM bergandingan dengan Mila sebagai pasangan kekasih dalam drama Kau dan Aku.

Hip: Kalau begitu, macam mana orang boleh kaitkan Akim dengan Stacy?

Akim:
Bila berkawan dengan Stacy, Akim sebenarnya banyak belajar darinya terutama hal yang membabitkan persembahan pentas. Dia banyak mengajar Akim cara membuat persembahan. Disebabkan hal itu, kami menjadi rapat. Dan untuk pengetahuan semua, Akim sebenarnya kalau rapat dengan orang, memang akan mesra. Tak kiralah siapa saja, kalau Akim selesa, Akim akan mudah mesra. Mungkin disebabkan kemesraan kami orang salah anggap dan melabelkan kami pasangan yang bercinta tanpa mengetahui situasi sebenar hubungan kami.

Hip: Mungkin Stacy ada ciri-ciri gadis yang menjadi pilihan Akim?

Akim:
(Ketawa) Dalam hal ini, saya lebih suka pada gadis yang memahami situasi saya sebagai seorang artis. Berada dalam kelompok ini, tak dinafikan saya memang terdedah dengan pelbagai gosip. Jadi, mana-mana gadis yang ingin berkawan dengan saya haruslah memahami diri saya supaya tidak ada masalah yang berlaku di kemudian hari. Mengenai Stacy, saya hanya boleh katakan dia menepati ciri-ciri itu untuk perkara tertentu saja dan bukannya semua.


Hip: Bagaimana pula dengan cerita kononnya Akim bercinta dengan Mila?
Akim:
Itu lagilah tak benar. Kami hanya bercinta dalam drama Kau dan Aku. Dalam drama itu, Mila jadi kekasih saya.

Hip: Apabila terlalu kerap dikaitkan dengan kisah cinta, tidakkah Akim risau dilabelkan sebagai lelaki playboy?
Akim:
Gosip cinta ini bukannya Akim sendiri yang mahu atau reka sendiri. Tapi Akim tak mahu ambil pusing sangat sebab Akim tahu itu semua tidak benar. Terserah kalau orang nak label atau kata apa saja pada Akim sebab Akim tau, Akim tak buat salah. Akim juga bersyukur kerana keluarga Akim amat memahami situasi dan mereka banyak menasihatkan Akim supaya bersabar. Lagipun inilah jalan yang Akim pilih dan Akim harus bersabar menempuhinya.

Hip: Khabarnya untuk video klip Bengang, Akim terpaksa dibuat sebanyak tiga kali. Adakah ini ada kaitan dengan masalah disiplin Akim?
Akim:
Kali pertama klip video itu dihasilkan, ia ditolak oleh syarikat pengurusan Akim iaitu Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB). Apa alasannya, Akim sendiri tidak tahu. Apabila klip video kali kedua dibuat, kami terpaksa merakamnya kembali kerana ada adegan dalam video muzik itu mendapat teguran peminat. Menurut mereka, ada babak yang menunjukkan saya memegang stereng kereta sambil bercakap di telefon. Sebenarnya sewaktu babak itu dirakamkan, kereta itu statik. Tapi disebabkan saya memegang stereng, jadi mereka menyangkakan saya melanggar undang-undang jalan raya kerana memandu sambil menelefon. Sekarang ini yang ditayangkan di televisyen adalah klip video yang kedua. Buat masa ini Akim sedang menunggu untuk kembali ke lokasi bagi merakamkan muzik video bengang untuk kali ketiga. Semua ini ada kaitan dengan soal teknikal dan bukannya sebab saya tidak berdisiplin.

Hip: Akim tak minat untuk sambung pelajaran memandangkan Akim masih muda?
Akim:
Akim memang ada pasang niat untuk sambung belajar. Kalau dulu Akim minat untuk mempelajari pengurusan perniagaan, kini selepas menceburi bidang seni, Akim ingin mendalami ilmu Seni Persembahan. Tapi bukanlah sekarang. Mungkin tahun depan atau dua tahun lagi, bergantung pada keadaan. Mungkin selepas Akim stabil dalam bidang ini barulah Akim berusaha untuk mencapai cita-cita yang diimpikan itu.

Kredit: Berita Harian Online

Part 1/5

Part 2/5

Part 3/5

Part 4/5

Part 5/5

Kredit: youandme1810

Jom undi Akim di web Murai ini
Yang mana lebih sedap didengar?

Bengang-Akim – 56%

Menatap Matamu-Aril – 44%

Petang tadi, bertempat di perkarangan Sri Pentas diumumkan 30 lagu yang telah berjaya memasuki pusingan separuh akhir Muzik-Muzik.

Mereka adalah:

6 Nov
1. Mirage (Pesawat)
2. Kau Aku (Aizat)
3. Dia, Aku dan Kamu (Nadia & Red Peanut)
4. Oh Anok Anok (Reshmonu)
5. Tak Mungkin Kerna Sayang (Alyah)
6. Aku Scandal (Hujan)
7. Enjut (Noraniza Idris)
8. Gila (Mila)
9. Dan Sebenarnya (Yuna)
10. Raja Gelek (One Nation Emcees)
11. Bertamu Di Kalbu (Jaclyn Victor)

13 Nov
1. Aurora (Estranged)
2. Seadanya Aku (Nubhan)
3. Tahu Tak Tau Joget (Jinbara)
4. Ku Pinjam Satu Bintang (Alyah & Riz)
5. Fikirlah (Aizat)
6. Khatimah Cinta (6ixth Sense)
7. Bengang (Akim)
8. Aku Rindu Sayang Kamu (Black)
9. Pari-Pari Di Bawah Angin (Meet Uncle Hussain)
10. Benar-Benar (Adam)
11. Masih Jelas (Hafiz)

20 Nov
1. Situasi (Bunkface)
2. Rindu Terhenti (Tomok)
3. Patri (Jinbara)
4. Pakai Buang (Stacy)
5. Pergi (Aizat)
6. Ketika Ini (Estranged)
7. Bencinta (Faizal Tahir)
8. Cinta Adam & Hawa (Misha Omar)

Tarikh 6, 13 dan 20 November merupakan tarikh persembahan mereka, yang akan berlangsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam dari jam 10 hingga 11.30 malam, mengikut urutan yang tertera.

Muzik-Muzik edisi ke-24 ini menampilkan format baru dimana pencalonan lagu tidak fokus kepada tiga kategori utama iaitu Etnik Kreatif, Balada dan Pop Rock. Pendek kata, Muzik-Muzik kali ini tidak mempertandingkan sebarang kategori.

Tujuannya untuk memberi peluang kepada pengiat-pengiat seni muzik untuk bebas berkarya dan hasil ciptaan mereka tidak terbatas kepada tiga kategori ini saja.

Lagu-lagu yang layak dipertandingkan di Muzik-Muzik Separuh Akhir dipilih melalui markah tertinggi yang diperolehi melalui undian yang dibuat setiap minggu dan berdasarkan tempoh kedudukan lagu tersebut di dalam carta mingguan Muzik-Muzik.

Sebanyak 112 lagu yang telah dicalonkan sepanjang tahun mulai 4 April hingga 17 Oktober tetapi hanya 30 lagu sahaja terpilih ke separuh akhir. Dari situ, 14 lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu yang akan diumumkan selepas persembahan terakhir pada 20 November.

Pemilihan dibuat berdasarkan pemarkahan oleh juri profesional berdasarkan persembahan pada malam pertandingan dicampur markah penilaian lagu yang dibuat sebelum persembahan.

Tiket-tiket percuma ke pertandingan separuh akhir Muzik-Muzik boleh diperolehi di Balai Pengawal Sri Pentas Bandar Utama dan Balai Pengawal Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral mula 31 Oktober.

Untuk maklumat lanjut mengenai Separuh Akhir Muzik-Muzik 24, layari www.tv3.com.my

Kredit: Gua.com.my

Sebagai rentetan kepada promosi drama Kau & Aku, pelakon-pelakon utama drama bersiri ini telah membuat persembahan di Gempak Astro yang bertempat di Kluang, Johor pada 17hb Oktober yang lalu. Akim, Mila dan Aril adalah artis yang dijemput untuk memeriahkan karnival tersebut.

Karnival yang berlangsung selama 12 jam tersebut bermula kira-kira pada pukul 10 pagi dan dimeriahkan dengan pelbagai acara yang telah diatur termasuklah sesi ujibakat Raja Lawak Astro musim keempat.

Akim, Mila dan Aril membuat persembahan kira-kira pada jam 2.30 petang. Empat buah lagu daripada drama Kau & Aku telah dipersembahkan iaitu Jika Kau Ubah fikiran, Menatap Matamu, Kisah Kita Berdua dan juga lagu tema drama tersebut Kau & Aku.

Untuk mengikuti liputan majlis Sidang Media Kau & Aku jangan lupa menyaksikan Era TV Khamis ini di Astro Ria (saluran 104). Juga jangan lupa saksikan Drama Kau & Aku setiap Sabtu 10.00 malam semestinya hanya di Astro Ria.

Kredit: Laman Web Rasmi Kau & Aku

Buat pertama kalinya, Astro RIA mempersembahkan sebuah drama hiburan yang menggabungkan lakonan, tarian dan nyanyian oleh pelakon dan penyanyi popular serta bintang-bintang Akademi Fantasia yang berjudul Kau & Aku yang akan mula menemui para penonton pada setiap hari Sabtu, jam 10.00 malam bermula 24 Oktober ini.

Menurut Pengurus Saluran Astro RIA; Encik Khairul Mizan Shagul, “Buat pertama kalinya, Astro RIA menghasillkan sebuah drama hiburan bersiri yang terbesar pernah dihasilkan khas buat tontonan para pelanggan kami terutamanya golongan remaja.

Kami yakin drama bersiri ini bakal menarik perhatian penonton apabila ia menampilkan ramai pelakon dan bintang-bintang AF yang akan menari dan menyanyi pada masa yang sama pada setiap episod. Konsep drama muzikal yang ditekankan dalam drama ini juga pasti merancakkan lagi jalan cerita yang ringan dan mudah difahami untuk tontonan semua.

Kau & Aku dibintangi oleh bintang-bintang remaja Akademi Fantasia seperti Mila (AF5), Aril (AF7) dan Akim (AF7) selaku penggerak utama di samping Amar, Farish, Raja Farah, Puteri Fateen Nasuha, Anita Baharom, Ika Nabila, Nonny (AF5), Zoey, Azizah Mahzan, Nurul Wahab, Sabrina Ali Khan, Riezman, Sharifah Saadah dan ramai lagi kombinasi pelakon baru dan lama. Bagi menyerikan lagi drama bersiri ini, Hafiz (AF7), Stacy (AF6) dan Dafi (AF5) akan membuat penampilan istimewa bagi menjayakan drama hiburan yang unggul ini.

Drama hiburan bersiri 26 episod ini mengisahkan kehidupan dan cabaran anak remaja dalam mengejar impian dan cita-cita sekumpulan pelajar di Kolej Persembahan Seni Harmoni. Di sinilah segala mimpi, cita-cita, bakat dan cinta bermula terutamanya di antara persahabtan Mila dan Akim yang memutikkan cinta remaja. Namun segalanya tidak seindah yang disangka apabila munculnya watak-watak yang sentiasa dengki dan iri hati terhadap mereka.

Drama bersiri ini juga akan diselang-selikan dengan persembahan muzikal melalui lagu-lagu dan bait-bait lirik yang begitu indah untuk diingati dengan elemen romantis, sedih, geram dan lucu yang sudah menjadi asam garam kehidupan remaja bagi.

Sebanyak sepuluh buah lagu runut bunyi akan terus dimainkan di stesen-stesen radio yang juga menjadi latar belakang drama bersiri ini. Di antara lagu-lagu tersebut ialah Bengang (Akim), Toksid (Aril), Menatap Matamu (Aril), Jika Kau Ubah Fikiran (Mila), Kau dan Aku (Akim & Mila), Kisah Kita Berdua (Mila, Akim & Aril), Kita Pasti Menang (Akim & Aril), Lelaki Pujaan (Aril dengan penampilan Mila), Menanti (Mila) dan Isma (Berbicara). Muzik video bagi lagu-lagu terpilih ini juga boleh didapati di saluran Astro RIA yang akan dimainkan secara kerap. Antara lagu-lagu yang berkumandang di radio kini, Bengang (Akim), Menatap Matamu(Aril) dan Jika Kau Ubah Fikiran (Mila) kini sedang menduduki carta-carta radio Melayu popular.

Drama hiburan bersiri yang pertama diperkenalkan di platform Astro ini juga mempunyai laman web yang tersendiri iaitu www.astro.com.my/kaudanaku bagi memudahkan penonton mendapatkan informasi terkini termasuk foto di sebalik penggambaran, rebiu mingguan, dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, portal hiburan rasmi drama bersiri ini; www.murai.com.my juga turut mengadakan pertandingan karaoke lagu-lagu runut bunyi dari drama bersiri ini secara online.

Kredit: Laman Web Rasmi Kau & Aku

Salam Gafimmers semua…

Pada malam ini – 22 Oktober 2009, jam 8.00 malam, AKIM akan masuk ke Gafimmers Chat, untuk chatting dengan semua peminat nya. Jangan lepaskan peluang untuk beramah mesra bersama Akim!

Pada 15 Oktober 2009 (Khamis), telah berlangsung sebuah sidang akhbar untuk drama hiburan KAU & AKU, di mana AKIM memegang sebagai salah satu watak utama, selain Mila & Aril.

Berikut adalah beberapa keping gambar yg dapat di snap sepanjang sidang akhbar tersebut.

Lagi gambar-gambar di sidang akhbar tersebut —> album “PC Kau dan AKU

No comments:

Post a Comment