Thursday, October 29, 2009


Kredit: acap012

Leave a Reply


Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
metra.mohamed@utusan.com.my

ARIL (kiri), Mila dan Akim terjebak dalam cinta remaja yang penuh dengan pelbagai cabaran menerusi Kau & Aku.

MEMBARISKAN pelakon dan penyanyi popular serta bintang-bintang Akademi Fantasia (AF), drama muzikal bersiri Kau & Aku tampil mengisahkan kehidupan anak remaja mengejar cita-cita di sebuah kolej seni persembahan.

Menemui penonton pada setiap Sabtu, pukul 10 malam bermula 24 Oktober di saluran Ria (saluran 104, Astro), Kau & Aku menampilkan Mila (juara AF5), Aril dan Akim (AF7) selaku penggerak utama drama yang diarahkan oleh Roslan Hussin ini.

Pelakon-pelakon lain antaranya Amar, Farish, Raja Farah, Anita Baharom, Ika, Nonny, Zoey, Azizah Mahzan, Nurul Wahab, Sabrina Ali Khan serta Riezman.

Menariknya, drama muzikal bersiri 26 episod ini diserikan lagi dengan penampilan istimewa Hafiz (juara AF7), Stacy (juara AF6) dan Dafi (AF5).

Memulakan cerita mengenai kehidupan harian sekumpulan pelajar di sebuah kolej, antaranya Mila dan Akim. Bermula sebagai sahabat, akhirnya perasaan cinta berputih di hati mereka.

Namun, segalanya tidak seindah yang disangka apabila muncul watak-watak yang sentiasa dengki dan iri hati terhadap mereka.

Drama bersiri ini juga akan diselang-seli dengan persembahan muzikal melalui lagu-lagu dan bait-bait lirik yang romantis bercampur sedih, geram serta lucu.

Sebanyak 10 buah lagu runut bunyi akan menjadi latar cerita ini iaitu Bengang (Akim), Toksid (Aril), Menatap Matamu (Aril), Jika Kau Ubah Fikiran (Mila), Kau Dan Aku (Akim & Mila), Kisah Kita Berdua (Mila, Akim & Aril), Kita Pasti Menang (Akim & Aril), Lelaki Pujaan (Aril dengan penampilan Mila), Menanti (Mila) dan Berbicara (Isma).

Bagaimanapun, kemunculan Kau & Aku bagai tidak terlepas daripada menerima kritikan apabila dilihat seakan menyamai konsep serta jalan cerita High School Musical (HSM), sebuah produksi Disney Channel Original Movie.

Ini kerana, HSM dan Kau & Aku memiliki jalan cerita yang seakan sama termasuk konsep muzikal yang diketengahkan.

Tangkas menafikan dakwaan sedemikian, Pengurus Saluran Astro Ria, Khairul Mizan Shagul menjelaskan, bahawa Kau & Aku lahir bukan dicedok daripada HSM.

“Buat pengetahuan semua, drama hiburan Kau & Aku telah diadaptasi daripada format drama hiburan popular yang berasal dari Venezuela.

“Kami telah meminjam format antarabangsa dan mengubahsuainya mengikut kesesuaian kehidupan masyarakat Malaysia. Oleh yang demikian, tidak boleh kata Kau & Aku meniru HSM kerana ia milik Disney.

“Persiapan untuk penggambaran Kau & Aku dilakukan Julai lalu. Penggambaran kemudiannya dijalankan sekitar Ogos dengan pelakon dan tenaga produksi berhadapan cabaran apabila ia dilakukan pada bulan Ramadan serta Syawal,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang media pelancaran Kau & Aku di Rainforest Sports Bar, Pavillion, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Kata Khairul, format drama dari Venezuela mengambil latar pelajar sekolah sebagai penggerak cerita tetapi Kau & Aku menceritakan perihal pelajar di sebuah kolej.

Dengan penggambaran dijalankan di Indonesia, pihak produksi berhadapan cabaran untuk memilih barisan pelakon dalam masa yang cukup singkat.

“Mujur pelajar AF ramai yang punyai bakat lakonan dan nyanyian serta ditambah dengan pelakon-pelakon berpengalaman lain.

“Semua 26 episod sudah siap dirakam. Genre ini masih baru. Bukannya ia tidak pernah dihasilkan tetapi belum diterajui sepenuhnya,” ujarnya.

Menyentuh rasionalnya penggambaran itu dijalankan di Indonesia, Khairul memberitahu asalnya hakcipta drama itu telahpun dibeli oleh Indonesia Global TV yang merupakan anak syarikat Astro.

“Lokasi utama untuk drama ini telahpun dibina di sana iaitu kolej para pelajar berkenaan. Jadi untuk tidak membazirkan apa yang kami ada, kami gunakan untuk penggambaran babak-babak menari dan studio deejay radio.

“Sebanyak 50 peratus daripada lokasi penggambaran drama muzikal ini dibuat di Putrajaya dan kesemua babak dalaman yang melibatkan para pelajar dan deejay dilakukan di Indonesia,” kata Khairul Mizan.

Walaupun bajet menerbitkan drama muzikal ini agak tinggi, namun menurut Khairul Mizan, apa yang penting Astro mahu memberikan drama berkualiti dan menghiburkan yang menggabungkan tarian, nyanyian dan lakonan.

“Jika rating drama muzikal ini tinggi, tidak mustahil Astro akan menerbitkannya untuk musim kedua,” kata Khairul Mizan lagi.

Sementara itu, menurut Roslan Husin, walaupun kebanyakan pelakon ini lahir daripada rancangan realiti TV Astro namun tidak sukar membimbing mereka.

Jelasnya, pelakon seperti Aril dan Akim memiliki potensi dan bakat mereka boleh dilentur serta mampu menjadi pelapis untuk masa depan.

“Selain itu kita juga mendapat kerjasama di Indonesia untuk pemilihan pelakon tambahan serta penari.

“Saya mengharapkan Kau & Aku akan mendapat rating yang tinggi dan menjadi perhatian penonton,” katanya.

Dalam pada itu, bagi yang ingin mendapatkan informasi terkini Kau & Aku serta muat turun pelbagai kandungan, ia mampu diperolehi dengan melayari laman web rasmi drama berkenaan di www.astro.com.my/kaudanaku.

Laman web itu menawarkan informasi lengkap mengenai drama muzikal tersebut termasuk berita terkini, ulasan mingguan, sinopsis, gambar serta video menarik.

Kredit: Utusan Malaysia Online

Wednesday, October 28, 2009

BUKAN mudah untuk bintang baru sepertinya diberikan peluang menceburi bidang nyanyian dan lakonan pada masa yang sama, apatah lagi pembabitannya di dalam arena seni ini belum pun mencecah usia setahun.

Siapa sangka, meskipun hanya mendapat tempat ketiga di dalam program realiti popular, Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) tidak lama dulu, perjalanan seni Afiq Akim Ahmad atau mesra dengan panggilan Akim ini dilihat cukup menyerlah.

Bukan saja mempertaruhkan single pertamanya, Bengang, yang rancak diputarkan di stesen-stesen radio, Akim juga turut dipilih membintangi drama bersiri berbentuk muzikal, 'Kau & Aku', yang akan mula disiarkan di Astro Ria pada 24 Oktober ini.

Menariknya, jejaka berusia 18 tahun ini sudah mula 'diintai' sejak berada di dalam AF lagi dan justeru, setelah berakhirnya AF, Akim terus ditawarkan untuk menjayakan drama bersiri kerjasama Malaysia dan Indonesia itu bersama-sama dengan naib juara AF7, Aril.

"Bagi saya, ini adalah rezeki. Memang kalau diikutkan, nyanyian tetap keutamaan saya. Tapi bila diberi peluang berlakon, saya tidak mahu lepaskan kerana sejujurnya, saya ingin kembangkan lagi bakat saya.

"Pertama kali berlakon, saya akui cukup susah sebab memang nampak lakonan saya 'kayu' sangat pada awalnya. Tapi pengarah banyak membantu saya menghayati watak.

"Dan sepanjang melakukan penggambaran drama ini, saya akui pengalaman yang saya kutip cukup berharga terutamanya daripada pelakon-pelakon hebat lain, apatah lagi kami berada di Jakarta, Indonesia selama dua bulan untuk penggambaran drama ini," kata Akim yang ditemui pada majlis pelancaran drama tersebut di Pavillion, baru-baru ini.

Selain Akim dan Aril, drama muzikal Kau & Aku yang brkonsepkan ala-High School Musical ini dibintangi oleh Mila serta pelakon-pelakon lain seperti Amar, Farish, Raja Farah, Puteri Fateen Nasuha, Anita Baharom, Ika Nabila, Nonny, Azizah Mahzan, Nurul, Sabrina Ali, Riezman dan ramai lagi.

Hafiz AF7, Stacy dan Dafi juga turut membuat penampilan istimewa di dalam drama arahan Roslan Hussin ini.

Secara ringkasnya, drama bersiri 26 episod yang diadaptasi daripada program televisyen dari Venezuela ini mengisahkan tentang kehidupan dan cabaran sekumpulan remaja yang menuntut di Kolej Seni Persembahan Harmoni. Di sinilah segala mimpi, cita-cita, bakat dan cinta bermula terutamanya di antara Mila dan Akim.

Ditanya tentang gandingannya dengan juara AF5, Mila sebagai 'heroin' drama ini, kata Akim, dia tidak berdepan masalah bekerja dengan gadis itu. Namun, sambil tersenyum, Akim menolak andaian ramai yang mungkin merasakan kedua-duanya sudah berputik perasaan cinta.

"Tidak mungkinlah. Memang cinta lokasi itu wujud, tetapi hanya ketika di lokasi saja. Bagi saya, lebih baik fokus pada karier saja ketika ini. Lagipun, Mila pun tak nak kat saya rasanya," tutur Akim dalam nada berseloroh.

Dalam pada itu, bercerita tentang karier nyanyiannya pula, kata Akim, dia akan tampil dengan sebuah single baru tidak lama lagi yang merupakan hasil ciptaannya sendiri. Buat masa ini, perkara itu sedang di dalam perbincangan dengan syarikat pengurusannya, Astro Entertainment Sdn Bhd.

Selain itu, Akim juga dijangka akan mengadakan penggambaran semula untuk video muzik Bengang setelah tiga kali ia dijalankan semula kerana maslah-masalah tertentu.

"Kali pertama buat video itu dulu, ia berdepan dengan masalah teknikal dan terpaksa diulang semula penggambarannya. Begitu juga yang terjadi untuk kali kedua. Namun, kedua-duanya tidak sempat ditayangkan lagi.

"Kita akhirnya berjaya menyiapkan video tersebut setelah membuat semula penggambaran untuk kali ketiga dan telah pun disiarkan di televisyen. Tetapi, rasanya, saya perlu sekali lagi melakukan penggambaran semula untuk video ini kerana kami menerima aduan daripada penonton gara-gara babak saya memandu sambil pegang telefon bimbit.

"Sebenarnya, kereta itu tidak bergerak pun. Malah, jika ikut kepada 'scene' sebenar di dalam video itu, memang kereta itu tidak bergerak dan saya hanya duduk di dalamnya dan memegang telefon bimbit. Tetapi mungkin penonton rasakan memang saya kelihatan seperti memandu.

"Tak mengapalah. Mungkin bagus juga lakukan sekali lagi video ini untuk kebaikan diri saya juga. Nak kata 'mood' nanti akan lari, saya tidak rasa pula begitu. Malah, mungkin saya boleh mendalami lagi lagu itu dan jadi lebih 'bengang' lagi," katanya dalam nada ceria.

Gambar - gambar rambut baru akim dan aishah










Peminat Aishah, Akim Bertindak

Gosip cinta sesama bintang Akademi Fantasia (AF) sudah menjadi lumrah program realiti TV itu sejak musim yang pertama lagi. Lebih daripada itu, ada pasangan pelajar yang pernah digosipkan telah bahagia ke jenjang pelamin seperti Khai & Rosma serta Rich & Velvet.

Bagi musim ini, Akim dan Aishah pula telah digosipkan walaupun sudah berkali-kali mereka menafikannya. Yang peliknya dan menariknya, gosip cinta mereka telah membuatkan peminat masing-masing bertindak menubuhkan kelab peminat (FC) yang menggabungkan nama mereka iaitu 'Aiskim'.

Sebelum ini ada beberapa FC yang menggunakan cantuman nama seperti itu, antaranya Ria (Riz/Nadia), Datin (Dafi/ Fatin) dan Shano (Shawal/Noni).



"Bagi kami gosip cinta hanyalah gosip. Kami sekadar berkawan. Bukan saja dikaitkan dengan Akim tapi juga Qhaud. Bagi Aishah, Qhaud juga sekadar kawan biasa dan selepas AF7 habis, kami selalu berkomunikasi kerana banyak aktiviti promosi membabitkan kami semua dan Qhaud banyak membantu Aishah.

"Kalau nak cakap soal cinta, cinta baru Aishah adalah kepada bidang nyanyian yang baru bermula," ujar Aishah kepada murai.com.my.

Kedua-dua mereka memang nampak begitu mesra dan sedondon apabila mengenakan fesyen raya yang berona garang. Aishah tampak cute sementara Akim yang berbadan tegap pula kelihatan segak dengan Baju Melayu.

Akim turut sependapat dengan Aishah kerana baginya, gosip percintaan mereka hanyalah tanggapan sesetengah pihak sahaja. Selain itu Akim menafikan dia telah jatuh cinta dengan seorang gadis dari Indonesia mahupun Juara AF5, Mila Jirin yang juga bertubuh genit seperti Aishah.

"Di Indonesia dulu, Akim memang rapat dengan Mila sebab kami berlakon bersama-sama untuk siri Kau & Aku. Di sana kami perlu berdikari dan berjauhan daripada keluarga, jadi persahabatan mengeratkan hubungan kami semua," kata Akim yang akan muncul dengan single terbarunya tidak lama lagi.

Bagi Aishah mahupun Akim, gosip cinta bukanlah sesuatu yang keterlaluan dan mereka menganggap ia sebagai asam garam dalam dunia hiburan..

Akim dan Aishah warna rambut.

Akim dan Aishah baru saja ke Salon untuk rambut barunya, what do you think?